Thursday, 4 January 2018

Berubah kepada berat badan yang ideal, adakah suatu yang mustahil?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Aku mulakan coretan pertama di blog yang baharu dan segar bugar ini dengan kalimah ilahi mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah.

Berkaitan dengan tajuk catitan ini di atas, badan yang gemuk adalah masalah utama sejak aku daripada kecil di bangku sekolah sehingga ke hari ini. Seringkali aku bercita-cita untuk mengurangkan berat badan aku, seringkali juga aku tewas dan terus bergelumang dengan kegemukan diriku ini malah berat badan aku makin bertambah, baju dan seluar banyak yang telah tidak muat. Nauzubillah..

Aku sedar aku bermasalah, namun aku neglect malah kadang-kadang aku menggelakan diri daripada membincangkan masalah utama diriku ini. Kegemukan yang aku hadapi ini jugalah sedikit sebanyak membuat aku sentiasa berasa rendah diri, sering menghina diri malah malu untuk keluar di khalayak ramai disebabkan kegemukan yang aku hadapi ini.

Jauh di sudut hati, memang ini pengalaman yang pedih, perit dan menyakitkan. mungkin sebab aku menggelakkan diri untuk berfikir dan bermuhasabah tentang kegemukan aku ini adalah disebabkan aku tidak mahu membebankan diriku dengan masalah. padahal, hendak tidak hendak masalah ini akan terus berpanjangan malah menjemput lebih banyak masalah dan komplikasi di akhir masa nanti.

Lebih memalukan adalah diriku adalah pelajar doktor perubatan. Aku adalah agen yang sepatutnya mempromosi gaya hidup yang sihat dan aktif dalam usaha intervensi pencegahan primer daripada pelbagai jenis non-communicable disease seperti Diabetes Mellitus (kencing manis), Hypertension (Darah Tinggi), Dyslipidemia, Gouty Arthitis, Metabolic Syndrome dan lain-lain. Aku sedar aku sangat berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini. Ini adalah penyakit kronik yang sangat membebankan bukan sahaja buat pesakit sahaja, malah kepada keluarga pesakit, masyarakat, kerajaan serta negara untuk menampung kos rawatan. By hook or by crook, aku mesti mulakan azam kurus 2018 SEKARANG...!!!
bukan esok ataupun lusa.. namun it is NOW...!!!!

On top of that,
Aku bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang isteri yang banyak membantu aku untuk melayari bahtera kehidupan ini. Bukan sahaja bersama-sama menuntut ilmu di menara ganding di universiti, teguh bersama bercita-cita untuk menjadi Doktor Perubatan yang bermanfaat kepada ummah dan masyarakat. Kebesaran jiwanya untuk menerima pinangan diriku yang kerdil, gemuk dan tidak ensem ini dua tahun lepas , sangat aku hargai. Mari kita bersama-sama membangunkan cinta untuk mencapai impian dan cita-cita tertinggi sehingga ke jannah.

Dialah yang banyak kali memberi teguran dan kata-kata semangat,
dialah banyak menyetap jiwaku untuk berubah untuk kurus,
walaupun seriously you, tegurannya ibarat pisau yang menghunus-hunus ke dalam jiwaku,
bukan sebab benda ini tidak baik,
nasihat dan teguran yang tajam kerana harus aku menerima hakikat yang menyakitkan ini.
aku boleh sahaja sebab suami yang kononnya punyai kuasa 'veto' untuk menangkis kata-katanya.

Namun aku sedar apa yang ia katakan itu betul.
itulah sebuah kebenaran.
Dengan penuh pasrah,
sambil menundukkan padangan ke bawah untuk menerima hakikat yang pahit ini.
nasihatnya perlu aku terima dan harus ikuti dengan tindakan.
InshaAllah inilah detik yang benar untuk aku mulakan #azamkurus2018
inshaAllah..

inshaAllah, coretan yang seterusnya akan aku memfokuskan perihal details mengenai #azamkurus2018..

mohon doa sahabat-sahabat agar diri ini dapat berdisiplin, sentiasa teguh dengan keazaman serta penuh kesungguhan untuk menjaya misi #azamkurus2018.

Abu Asma'
4 Januari 2018
2100
Batu Kawa, Kuching Sarawak.


No comments:

Post a Comment